BAHASA MELAYU
(B A Y U M A D A H)
|
Selamat datang ke lelamanBAHASA MELAYU MAKTAB RENDAHLaman yang ditujukan khas untuk para pendidik bahasa Melayu di maktab rendah dan juga kepada ahli bahasa Melayu di institusi pengajian tinggi yang lain. Pra-kataRamai guru di maktab rendah dan pos-menengah menghadapi semacam kesulitan untuk mempelbagaikan ciri-ciri pengajaran mereka di dalam kelas. Antara lain ianya dipandang perlu untuk mengambil kesempatan menjana manfaat yang boleh ditadah dari fenomena e-belajar yang sedang melanda dunia akademik dan korporat. Sehubungan itu adalah difikirkan sesuai masanya untuk kita menganalisa dan seterusnya mengambil iktibar kesan positif yang relevan dari pengalaman aplikasi e-belajar dalam pengajaran bahasa Inggeris yang jauh telah lama diamalkan. Walaupun belum ada tindakan di peringkat rasmi untuk berusaha menggembeleng tenaga dan kepakaran untuk maju ke arah ini di peringkat maktab rendah, namun adalah diharapkan lelaman ini dapat dijadikan sebagai batu loncatan bagi usaha-usaha yang lebih dinamik pada masa akan datang. ObjektifObjektif utama lelaman ini adalah untuk menjadikannya sebagai
Isi KandunganTerdapat lima bahagian utama yang menjadi penggerak kemanfaatan para pengujung lelaman ini:
Walaupun demikian terdapat beberapa bahagian lelaman ini yang masih di dalam proses rekaan dan belum lengkap. Ianya diharap akan disempurnakan dalam beberapa waktu dari sekarang. Pada masa akan datang, lelaman ini akan juga menyertakan ciri Penilaian. Di sini para guru yang telah memilih bentuk e-belajar dan seterusnya membuat penilaian dan penganalisaan langsung ke atas hasil kerja para pelajar itu. Akhir kata, pembuahan lelaman ini hanya akan dapat dinikmati jika sekiranya ianya mendapat sumbangan idea dan bahan-bahan secara beterusan dari para pengunjung. Oleh itu segala bentuk teguran dan maklum balas amat digalakkan.
Saya amat berterima kasih dan terhutang budi kepada beberapa organisasi dan juga individu yang telah memberi keizinan untuk menggunakan penerbitan dan karya-karya di samping kata-kata nasihat dan perangsang mereka mengenai lelaman ini. Mereka termasuk: * Kementerian Pendidikan Singapura * Angkatan Sasterawan '50 * Teater KAMi * Shahruddin Mokhri * Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd * Sahlan Mohd Saman * Penerbitan Tra Tra Sdn Bhd |
Jika anda mempunyai
soalan-soalan atau komen mengenai lelaman ini, hantarkanlah e-mel anda kepada
dulkifli@bayumadah.com
|