BAHASA MELAYU
(B A Y U M A D A H)
|
SASTERA Para pelajar yang mengambil Bahasa Melayu di peringkat "A" perlu mempelajari mata pelajaran sastera. Ia merangkumi pembelajaran minimum tiga buah buku iaitu cerpen Seorang Tua Di Kaki Gunung atau Salina, antologi cerita-cerita pendek Angin Dari Gunung dan akhir sekali Drama Penantian atau sajak Tiga Warna Bertemu. Lelaman-lelaman darihal buku-buku tersebut yang dicatat di bawah ini cuba mengupas beberapa aspek kesusateraan bagi membantu pengajar di dalam pengajaran di kelas. Ini termasuk tema, plot, mesej dan implikasi isi cerita, gaya bahasa serta aspek perwatakan. Ianya juga memuatkan pandangan beberapa penulis buku sastera tersebut serta pandangan beberapa guru sastera mengenai isu-isu tertentu. Dari masa ke semasa laman ini juga akan menjemput para tamu untuk mengambil bahagian dalam sesi bualan waktu kini ("real-time chat") serta diskusi berantai ("threaded discussion") darihal sesuatu topik kesusasteraan. Hasil aktiviti-aktivit ini akan dianalisa dan akan dipersembahkan kepada semua tetamu pendidik sastera agar ianya dapat dimemanfaatkan untuk tujuan pengajaran kepada para pelajar nanti. Semoga anak-anak buah kita akan berjayal menikmati hasil usaha ini nanti. Sila klik mana-mana judul buku di bawah ini untuk ke halamannya:
Tema Sastera: Suatu Perbincangan Apabila berbicara mengenai tema maka seluruh persoalan tertumpu kepada cerita sesebuah karya sastera, bukan bahanbahan pengolahannya atau apa yang terangkum ke dalam unsur intrinsiknya. Tema merupakan suatu unsur esktrinsik atau luaran - lazim disimpulkan setelah tamat pembaca terhadap sesebuah karya sastera itu. Dickinson mentakrif bahawa tema ialah, 'the core of meaning in a story.' Tema bukan saja cerita itu keseluruhannya, tapi segalagalanya walaupun di luarnya seperti sesuatu yang implied dan gagasart pengarang itu sendiri mengenai sesuatu hal yang dikemukakannya. Paling mudah orang berkata tema karya itu ialah tragedi atau percintaan atau kejayaan atau perpecahan keluarga dan sebagainya. Tapi yang bersifat bagaimana? Apakah gagasan atau pendirian pengarang itu sendiri terhadap tema itu? Sesuatu yang lebih khusus mestilah disebutkan, misalnya cinta tiga penjuru atau pengorbanan cinta yang menerima pembalasan tidak wajar, dan sebagainya. Perkataan tema itu sendiri kadangkala agak umum dan mengelirukan. Secara mudah dan ringkas ia boleh saja disebut dalam tiga bentuk: tema, idea pokok (pokok persoalan) atau tujuan utama pengarang. Hanya frasa ketiga itu, tujuan utama pengarang, paling jarang disebut atau digunakan kerana ianya merupakan istilah yang agak lama dan amat lazim digunakan untuk karya-karya klasik serta romantis yang meletakkan ciri didaktisisme sebagai satu ciri penting karya. Jadi soal tujuan utama pengarang merupakan. masalah pokok setiap kali ia hendak menulis. Apakah persoalan yang hendak dikemukakannya? Di mana dan bagaimana pula pendiriannya? Apakah kesannya terhadap pembaca nanti? Adalah antara persoalan-persoalan pokok yang bermain di kepalanya sebelum ia menulis atau mempersembahkan karyanya. Dalam proses berkarya, tema boleh diberikannya secara terang (eksplisit) atau digarapkan dalam keseluruhan ceritanya melalui pendirian dan pegangan watak-watak serta juga insiden-insiden yang dikemukakan. Tema eksplisit bentuk pertama itu sangat mudah dikesan. Dalam kesusasteraan Melayu, cerpen-cerpen serta puisi di peringkat pertumbuhannya di tahun-tahtin tiga pululian dan empat pululian dulu amat lumrah membawakan tema eksplisit. Biasanya di penghujung cerita atau puisinya sang penulis menuliskan pendirian ataupun pegangannya mengenai hal yang dikemukakan dengan nada didaktik memberi ingatan kepada para pembacanya supaya bersifat (juga bersikap) positif yang tidak merugikan mana-mana pihak. Dalam hal begini, watak-watak hitam putih sering digunakan untuk memperjelaskan perhubungan yang bertentangan itu. Stanton pernah mencatat empat kriteria mengenai tema sesebuah karya sastera. Setiap tema mestilah wujud dalam lingkungan kriteria itu, bahawa: I . Interpretasi secukupnya mestilah dilakukan ke atas hal-hal penting itu; 2. Interpretasi itu jangan pula bercanggah dengan manai-nana bahagian cerita atau puisi yang dikaji; 3. Interpretasi tidak boleh disandarkan kepada mana-mana bahagian yang tidak tersurat atau tidak tersirat (implied); dan akhirnya; 4. Interpretasi itu sebulat-bulatnya bersandar kepada keseluruhan cerita itu (atau keseluruhan teks yang dikaji). Agakan-agakan atau membawa cerita kepada yang lain -lain ditegah untuk menghindarkan kekeliruan. Berlainan pula halnya dalam soal tema implisit atau yang tidak mudah dikesan dari rangkap atau baris puisi atau cerpen yang dikaji, malahan pula lebih sukar dengan sebuah novel yang lazimnya melewati seratus halaman.Tema jenis kedua ini dapat dicari dan dikesaii melalui pembacaan teliti dan berhati-hati. Di peringkat akhir, seorang pengkaji itu mestilah dapat membuat beberapa rumusan tentang persoalan-persoalan yang ditimbulkan pengarang sepanjang proses pembacaan dan penghayatan yang telah dilaluinya. Dari persoalan-persoalan itu barulah diambil yang paling menyeluruh disebut sebagai tema - sebagai pokok persoalan sang pengarang. Begitulah rumitnya menganalisis dan mendapat tema paling sesuai bagi sesebuah karya sastera sekiranya tidak termaktub tanda-tanda terang melalui pengucapan watak-watak atau naratif pengaran- itu sendiri.
Perwatakan: Suatu Perbincangan Perwatakan adalah teknik yang digunakan bagi menggambarkan sesuatu watak. Terdapat tiga cara watak dapat digambarkan: (a) Pendedahan Watak dapat digambarkan secara pendedahan (eksposisi). Ini bermakna pengarang sendiri menyatakan tentang sifat-sifat yang dipunyai oleh watak-watak itu, sama ada lahir mahupun batinnya. Pengarang mungkin memberi kita tahu tentang umur, tinggi, kesukaan, tabiat dan lain-lain. (b) Cara Objektif atau Dramatik Di sini watak dapat dikenali melalui aksi atau gerak-laku sesuatu watak. Pengarang tidak menyatakan tetang sifat-sifat watak tetapi ia memperlihatkan watak itu bergerak, berbicara dan berfikir sesama sendiri. Dialog amat penting di sini. Daripada gerakan dan dialognya itulah, pembaca mengenali sifat-sifat watak tersebut. (c) Cara Aliran Kesedaran Watak dapat dikenali melalui apa yang terakam melalui f ikiran dan jiwa watak. Watak mungkin banyak menggunakan monolog dalaman, hayalan, fikiran dan igauannya.
Jenis Watak Watak yang dimaksudkan di sini ialah jenis watak-watak -manusia yang terdapat dalam sesebuah cereka. Watak itu dapat pula digolongkan kepada beberapa golongan tertentu walaupun pengolongan ini bukanlah bersifat mutlak. 1 Watak Bundar / Bulat Watak bundar atau tiga dimensi, lebih tepat merupakan watak-watak menusia sebenarnya dalam kehidupan kita seharihari.Padanya terdapat sifat-sifat baik, pengasih, cinta, cemburu, jahat, pendendam, pembohong dsb. Contohnya watak Tukya dalam novel Seorang Tua Di Kaki Gunung. watak Salina, Razman dalam novel Salina. 2 Watak Pipih Watak dua dimensi, watak yang mempunyai sifat-sifat yang khusus sahaja. Watak ini tidak berkembang, tidak kampleks dan tidak pernah memeranjatkan pembaca. Watak ini mungkin mempunyai sifat baik ataupun di sebaliknya iaitu, bersifat jahat sahaja dalam keseluruhan hidupnya. Contohnya watak Ab Fakar dalam novel Salina. 3 Watak Dinamik Hal yang perlu diperhatikan pada watak ini ialah: (i) perkara yang berlaku pada watak (ii) sikap watak, fikirannya, pandangan hidupnya, niat serta cita-citanya. Kedua-dua sifat di atas berkaitan, iaitu di antara aksi dan reaksi watak. Jika sesuatu watak itu, ada membuat perubahan dalam pandangan hidup, tidak tetap pada suatu sifat/keadaan sahaja, dapatlah dianggap, dia mempunyai watak yang dinamik. Misalnya seorang penjahat, berubah sikapnya setelah mengalami berbagai-bagai pengalaman hidup, dari seorang yang jahat berubah menjadi seorang yang baik, bercita-cita tinggi serta berusaha mencari kemajuan. 4 Watak Statik Watak yang tidak banyak berkembang dari segi gerak laku. Watak ini ditampilkan oleh pengarang dalam beberapa ketika sahaja, namun ada juga yang ditampilkan hingga ke akhir cereka. Contohnya, katalah dalam sebuah cereka watak A seorang perompak - watak antagonis - yang pada satu ketika dulu telah mengalahkan pihak musuh yang cuba membunuh penduduk sebuah kampung - tetapi selepas itu dia tetap meneruskan kejahatannya. Watak A itu tetap statik. Dari contoh ini, apa yang berlaku, mungkin pembaca telah berasa puas hati dan berubah pandangan pada watak tersebut tetapi bukannya sikap watak A. Contohnya watak Zarina, Salina dan Ab Fakar dalam novel Salina. 5 Watak Putih Watak yang baik dalam cereka. Watak ini digambarkan bersif at baik sahaja dalam keseluruhan hidupnya. Taat, tidak suka bergaduh, rajin, alim dan sebagainya. 6 Watak Hitam Watak jahat - semua sifat jahat ada pada watak ini. Lawan kepada watak putih. 7 Watak Kodi/Penyelamat Watak yang terlalu sedikit sifat persendiriannya, tetapi agak terlalu banyak sifat yang stereotaip.
|
Jika anda mempunyai
soalan-soalan atau komen mengenai lelaman ini, hantarkanlah e-mel anda kepada
dulkifli@bayumadah.com
|