Home Up

BAHASA MELAYU    

    Maktab Rendah


 

(B  A  Y  U  M  A  D  A  H)

 

SALINA

 

PERWATAKAN DALAM NOVEL SALINA

1   Salina

       Salina merupakan satu daripada watak penting dalam novel ini.  Dalam perjalanan hidupnya dia digambarkah sebagai manusia kecil yang telah rosak moral, suntuk akal dan hilang pertimbangan dalam menghadapi hidup.  Dia menjadi mangsa waktu dan keadaan setelah hidupnya hancur musnah apabila semua keluarganya terbunuh ditimpa bom yang digugurkan Jepun dalam Perang Dunia II.  Sebagai gadis sunti yang tidak ada tempat pergantungan hidupnya mula melarat, terumbang-ambing, diperkosa oleh iepun, mejadi pelayan dan akhirnya pelacur. Dalam hidup yang bergelumang dengan noda dan dosa itu, dia masih mempunyai sif at-sif at manusia yang baik, berbudi bahasa dan suka menolong orang susah.

Pada awal hidupnya, Salina merupakan gadis sunti yang mewah.  Bapanya seorang saudagar intan berlian.  Dia dihantar ke sekolah Inggeris di samping mendapat bimbingan guru agama yang dijemput mengajar di rumahnya.  Hidupnya penuh dengan kasih sayang.  Dia tidak dibenarkan bergaul bebas, walaupun begitu dia dapat juga mencuri-curi keluar sambil menjalin hubungan cinta dengan seorang pemuda sebayanya,Mohd Yusuf.

Kehidupannya yang - penuh kasih sayang dan kemewahan itu, tiba-tiba musnah apabila Perang Dunia Kedua (1940-1945) berlaku.  Semua anggota keluarganya terkorban terkena bom.  Tinggallah Salina dalam keadaan yatim piatu, terlonta-lonta-seorang diri.  Dalam keadaan yang menyedihkan itu, Salina gadis pingitan yang tidak punyai apa-apa , telah dinodai pula oleh tentera-tentera Jepun.  Inilah mala petaka besar yahg dihadapi Salina.  Kejutan perasaan yang mendadak ini, mungkin menjadikan Salina hilang pertimbangan.

Apabila perang telah tamat, Inggeris kembali berkuasa semula di Singapura.  Salina tidak punya tempat pergantungan hidup.  Dia yang telah hilang segala-galanya, hilang keluarga, kasih-sayang, kekasih dan juga kehormatan diri, telah menjadikannya seperti orang kehilangan akal.  Kerana itulah dia melakukan apa sahaja untuk hidup. Selepas perang ekonomi meleset., memang sukar mencari perkerjaan. oleh itu Salina menyerah sahaja kepada suratan waktu dan keadaan.  Dia mula menjadi pelayan di bar dan akhirnya terjerumus ke lembah pelacuran.  Salina yang berlulusan darjah enam sekolah Inggeris (merupakan kelulusan yang baik ketika itu) sepatutnya mencari pekerjaan lain, tetapi dia tidak pula mahu merubah cara hidupnya, inilah yang menyebabkannya menjadi manusia yang lemah dan statik. Salina terus hidup bergelumang dosa . Dengan perasaan kecewa kerana penderitaan hidup yang dilaluinya, dia tidak lagi dapat berfikir secara wa]ar, kerana itulah dia memelihara pula seorang lelaki jalang, Ab Fakar, dengan alasan, kononnya Ab Fakar itu adalah jelmaan kekasih lamanya, Mohd Yusuf. Mungkin di bawah sedarnya itulah dia melakukan kehidupan yang luar biasa.  Dia bukan sahaja melayan Ab Fakar dalam segala hal majah memberi wang serta menanggung kehidupan Fakar lahir dan batin walaupun Ab Fakar bersikap kejam dan sering memukulnya.

Selain dengan tingkah-laku Salina yang luar biasa itu, dia adalah manusia baik, berbudi bahasa dan suka menolong orang susah.  Di Kampung Kambing, Salina berjiran dengan Katijah, ibu Hilmy, seorang janda, juga mangsa perang.  Dia yang dalam keadaan begitu sangat bersimpati dengan keadaan Katijah.  Dia sering membantu Katijah terutama untuk membeli ubat-ubat bagi Katijah yang sering batuk.  Dia juga turut membantu serta menggalakkan Hilmy supaya terus belajar.  Salina juga bersikap baik terhadap jiran-jirannya, dia tidak suka bergaduh malah bersimpati dengan nasib mereka.

Daripada gambaran tersebut, mungkin pengarang telah memberikan suatu perbandingan yang wajar terhadap Salina.  Walaupun dia hidup sebagai manusia kerdil yang tidak bermoral tetapi apa yang berlaku di atas diri Salina adalah disebabkan keadaan dan petaka yang menimpainya.  Kelemahan Salina ialah, dia terus hidup sebagai pelacur serta bergelumang dlosa tanpa adanya usaha untuk mengubah kehidupannya.  Di samping itu, pengarang juga cuba menunjukkan kebaikan-kebaikan Salina terutama terhadap jirannya Katijah dan Hilmy.  Untuk menutup kelemahan tersebut pengarang cuba memberikan simpati yang berlebihan terhadap watak ini, iaitu dengan cara menonjolkan keburukan-keburukan Ab Fakar terhadap Salina dan juga petaka-petaka yang ditempuhi Salina kita lalu.  Dengan itu kita merasakan bahawa, apa yang dilakukan oleh Salina itu, seolah-olah bukan dari kehendak hatinya sendiri tetapi adalah kerana unsur-unsur luar yang sukar ditentangnya.

 

2   Hilmy

Hilmy anak kepada Katijah, dia bersekolah Inggeris dalam Darjah lapan di Victoria School.  Ayahnya telah meninggal ditimpa bom semasa pihak British hendak merampas Singapura.  Kejadian itu berlaku semasa bapanya sedang memandu bas.  Sejak itu tinggallah Hilmy bersama ibunya (sekarang telah tua dan uzur).  Hilmy telah menjadi beban kepada ibunya yang bercita-cita tinggi kerana mahu menghantarnya ke sekolah Inggeris.

Pada mulanya Hilmy tidak mempunyai cita-cita tinggi tetapi setelah tinggal di Kg Kambing, dia menjadi terharu dan sedar terhadap nasib malang para penduduk di situ.  Cita-citanya berubah untuk menjadi a'rkitek bagi membela nasib penduduk di Kg Kambing.  Dalam pada itu, dia berkenalan pula dengan Salina.  Salina yang baik hati, turut membantu perbelanjaan persekolahan Hilmy. Malangnya cita-cita Hilmy tidak kesampaian kerana ibunya yang menjadi tunggak pergantungannya itu telah jatuh sakit dan meninggal dunia.  Selain itu harapan cintanya terhadap Nahidah j.uga turut musnah kerana Nahidah telah ternoda dan menghilangkan diri.

Dari sudut lain, kita dapat rasakan, bahawa Hilmy juga adalah manusia kerdil yang menjadi mangsa waktu dan keadaan.  Dia juga merupakan manusia lemah yang menaruhkan cita-cita dan harapannya dengan bergantung kepada orang lain.  Dia tidak dapat berdiri sendiri, sebab itulah apabila ibunyanya meninggal dunia, harapannya juga turut musnah sama seperti cintanya terhadap Nahidah. Walaupun watak Hilmy ditimbulkan oleh pengarang sama juga seperti watak-watak lain iaitu melalui teknik langsung dan tidak lansung tetapi ada kalanya dia digambarkan begitu berlebihan sekali terutama Hilmy kelihatannya begitu dewasa, misalnya sewaktu dia membela Salina.

 

3   Nahidah

Nahidah adalah gadis sunti yang tengah naik, mempunyai susuk tubuh yang menarik dan cantik.  Ayahnya berkahwin dengan Zarina kerana ibunya telah meninggal dunia semasa pemerentahan Jepun.  Dia yang masih kecil, bersama abangnya, Mansur dan Sunarto (anak angkat Ab Mutalib) mulalah hidup dalam jagaan Zarina (ibu tirinya).  Hidup Nahidah tidaklah begitu baik.  Apabila ayahnya meninggal dunia, dia telah kehilangan kasih sayang dan tempat pergantungan.  Hidupnya' mula terseksa.  Abangnya Mansur, masih belum bekerja.  Zarina ibu tirinya mebebankan berbagai kerja kepada Nahidah serta merancang untuk mempergunakan Nahidah bagi kepentingan dirinya.

Nahidah merupakan manusia kerdil yang lemah, selain menjadi mangsa keadaan dan waktu dia juga menjadi mangsa kepada manusia-manusia kejam yang lebih kuat daripadanya.  Zarina, ibu tirinya telah mendesak dan menjerumuskan Nahidah ke lembah bahaya dengan menjadikannya pelayan.  Zarina yang lebih mementingkan wang ringgit tidak pernah memikirkan keselamatan Nahidah.  Sebab itulah Zarina sering mencari jalan dan memujuk Nahidah supaya bekerja sebagai pelayan di bar, suatu perkara yang telah lama dirancangkannya.

Nahidah tidak putus-putus dirundung malang.  Di bar tempat dia bekerja sebagai pelayan itu, dia menjadi buruan Cik Salim dan rakan-rakannya yang ingin menodainya.  Malang berlaku, sebelum Cik Salim mendapat kesempatan, Nahidah telah pula dirogol oleh Ab Fakar.  Kejadian buruk yang menimpa Nahidah ini, benar-benar telah menghancurkan perasaan serta harapan masa depannya.  Dan suatu kelemahan Nahidah ialah, dia tidak pula melaporkan kejadian itu kepada orang-orang yang boleh membantunya, inilah yang menjadikan mereka yang kejam tetap terus terselamat. Sikap lemahnya kerana tidak mahu menentang kehendak ibu tirinya.  Sikapnya mendiamkan diri setelah dia dirogol, menjadikan dirinya terus-menerus dirundun malang. Di tempat kerja dia telah mabuk dan ini telah memberikan kesempatan kepada Cik Salim dan rakan-rakannya merogol Nahidah.  Hal ini telah menjadikan kehidupan dan perasaan Nahidah benar-benar hancur.  Dia tidak berani menghadapi masayarakat apatah lagi terhadap Hilmy, pemuda pujaannya itu.  Kerana itu Nahidah terus menghilangkan diri tanpa membuat apa-apa pembelaan.

Kita mungkin tidak dapat menyalahkan Nahidah sepenuhnya, sebagai gadis sunti yang'tidak tahu apa-apa, tentulah dia mudah sahaja tertipu dan terjerumus.  Apatah lagi ibu tirinya Zarina adalah manusia kejam yang tentunya tidak dapat diharap.  Sunarto juga lemah, kerana dia juga tidak dapat dan lambat bertindak untuk menyelamatkan Nahidah.  Abangnya Mansur belum lagi bekerja.  Kalau dia sudah punya pekerjaan mungkin juga dia dapat membawa Nahidah jauh daripada Zarina dan menyelamatkannya.  Malangnya Mansur juga adalah manusia lemah, kerana hanya untuk menunggu sehingga dia mendapat pekerjaan, kehidupain Nahidah telah pun hancur.

 

4 Zarina

Seorang lagi manusia kerdil yang merangkak tua, kejam, bekas pelayan dan telah beberapa kali kahwin-cerai.  Dia menjadi janda sekali lagi setelah kematian suaminya Ab Mutalib.  Zarina merupakan manusia yang telah runtuh moral yang tidak pernah cuba mahu merubah corak hidupnya. Zarina semasa berumur 15 tahun texah dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak pernah dikenalinya.  Ketika dia mengandung, dia ditinggalkan tanpa sebab, dan anak yang dikandungnya itu mati ketika dilahirkan.  Faktor sosial inilah yang memberikan kesan Pgikologi terhadap dirinya.' Dia melarikan diri dari keluarganya untuk berdikari di samping mendendami lelaki.  Sebagai wanita muda yang masih cantik dan menggoda, dia sering menjadi buruan lelaki, akhirnya dia terpaksa kahwin lagi, tetapi kali ini juga dia dipersia-siakan. selepas itu dia terjerumus ke lambah pelayan dan pelacuran.  Untuk mencari nafkah hidup yang halal ketika itu memanglah sukar dan kalau adapun, pendapatannya kecil pula.  Faktor ini jugalah yang memungkinkan terjerumusnya Zarina ke lembah pelacuran sebab mahu mencari kemewahan wang-ringgit di samping kepuasan nafsunya.

 Suatu perkara yang nyata tentang sifat Zarina ialah, di .samping dia mendendami lelaki dia juga mahukan lelaki sebagai suami untuk teman dan pelindung hidupnya, sebab itulah dia sanggup berkahwin lagi dengan Ab Mutalib, ayah Nahidah.  Di samping itu Zarina juga mempunyai nafsu seks yang berlebihan, oleh itu semas.a suaminya (Ab Mutalib) berada di Malaya (Malaysia), dia telah melacurkan diri untuk kepuasan nafsunya. Sifat buruk Zarina itu tetap berterusan.  Sewaktu di Kg Kambing, dia tinggal bersama anak-anak tirinya Mansur dan Nahidah di samping Sunarto anak angkat Ab Mutalib.  Zarina sering bersikap kejam terhadap mereka tanpa menunjukkan sikap keibuan.

Melihat kepada watak Zarina, pengarang telah berjaya memaparkan Zarina. sebagai watak kompleks yang menyakinkan. Sebagai watak sampingan yang penting, watak Zarina telah muncul sedikit demi                 sedikit dengan teknik yang bercampur-campur di antara langsung dan tidak langsung.  Secara tidak langsung kita dapat mengetahui tentang watak Zarina melalui Kurupaya Sami dan Haji Karman.  Secara langsung pula watak Zarina disampaikan melalui teknik aksi dramatik, iaitu melalui percumbuan Zarina dengan Ab Fakar serta pergaduhannya dengan Mansur dan Sunarto.

 

5 Ab Fakar

Ab Fakar adalah watak hitam.  Dia digambarkan sebagai manusia yang tidak bermaruah, kejam dan sampah masyarakat.  Sebagai manusia yang suntuk fikiran, dia sanggup menjadi lelaki simpanan kepada Salina, tanpa nikah, tidak membuat apa-apa pekerja tetapi terus-menerus memeras Salina. Sebagai manusia kejam dan sampah masyarakat, dia sering mabuk, melacur dan juga merogol Nahidah.  Kekejaman Fakar begitu terserlah bukan sahaja kerana dia bersekedudukan dengan Salina tetapi juga dia sering bergaduh dan memukul Salina apabila Salina tidak dapat memberinya lebih wang.  Dia juga begitu kejam kerana telah merogol Nahidah tanpa belas kasihan. Ab Fakar dapat dianggap watak sampingan yang penting dalan novel ini.  Dia ditimbulkan melalui perasaan bawah sedar Salina.  Fakar dianggap oleh Salina sebagai manusia jelmaan kepada Mohd Yusuf, iaitu bekas kekasihnya yang telah meninggal dunia semasa perang Jepun dahulu.  Kerana itu dia mendapat layanan yang istimewa daripada Salina dan kerana layanan itulah menjadikannya bertambah malas, kejam dan suntuk fikiran. Kewujudan Ab Fakar adalah untuk menggambarkan tentang betapa hancurnya moral masyarakat ketika itu.  Manusia-manusia mangsa perang lebih mementingkan kehidupan individu serta mementingkan diri sendiri.  Jadi Ab Fakar dapat terus hidup kerana sikap Salina yang memberikannya sokongan kuat, oleh itu jika adapun anggota masyarakat yang menentangnya, misalnya tentangan Sunarto, Nahidah dan Haji Karman, ia tetap tidak dapat memberi apa-apa kesan.  Apa yang dapat kita lihat, mungkin Razman sahaja yang nampaknya dapat bertindak tetapi tindakannya itu juga agak perlahan serta lambat memberi kesan.

Mungkin pembaca dan masyarakat kurang senang dengan sikap Ab Fakar, tetapi apakah yang dapat mereka lakukan kalau masyarakat sefidiri tidak bersatu disebabkan lebih memikirkan diri sendiri.  Dalam kehidupan masyarakat yang longgar, apatah lagi kepada golongan yang tertidas, memanglah ada petualang-petualang yang mengambil kesempatan untuk f aedah dirinya daripada kelemahan orang lain.

 

6 Sunarto

Sunarto berasal darli Jawa.  Dia merupakan buruh paksa yang dibawa oleh Jepun untuk dihantar ke Siam, malangnya Sunarto telah diserang malaria dan tokak, lalu dia ditinggalkan di Singapura.  Dalam keadaannya yang terlantar dan merayau-rayau mencari makan di tepi Sungai Rochor dia telah dijumpai oleh ayah Nahidah, Ab Mutalib.  Sejak dari itu dia diambil sebagai anak angkat oleh Ab Mutalib.

Setelah Ab Mutalib meninggal dunia dia terus tinggal bersama Zarina dan anak-anak Ab Mutalib, dia kemudiannya turut menjadi mangsa kepada Zarina yang kejam.  Pendapatannya sebagai penarik beca yang semakin berkurangan menjadikannya bahan kutukan zarina setiap hari.  Malah Zarina memang membenci dan mahu menghalaunya kerana kehadirannya merupakan suatu batu penghalang kepada segala rancangan jahat dan kebebasan hidup Zarina. Sunarto mula bekerja apabila Ab Mutalib telah meninggal dunia.  Mulanya dia bekerja sebagai buruh di Harbour Board, tetapi kemudiannya menjadi penarik beca. Rumah tumpangan dan keluaga Ab Mutalib tinggal telah retak kena bom semasa perang Jepun dahulu.  Rumah itu telah dirobohkan kerana sebuah bangunan baru hendak didirikan.  Jadi dia dan keluarga angkatnya berpindahlah ke Kg Kambing.

Walaupun pada masa itu Sunarto seorang sahaja yang bekerja (menjadi penarik beca) segala wang pendapatannya diserahkannya kepada Zarina tetapi Zarina bukan sahaja tidak berterima kasih malah tetap tidak berpuas hati.  Zarina menganggap Sunarto sebagai manusia yang tidak berguna.  Dia menuduh Sunarto membelanjakan wangnya kepada perempuan lain, oleh itu diapun menghalau Sunarto tanpa mengambil kira bahawa Sunartolah yang menjadi sumber pencari nafkah untuk mereka.  Sunarto tetap bersabar di atas segala perbuatan Zarina itu dengan alasan bahawa dia mahu membalas budi kepada keluarga Ab Mutalib di samping mahu melindungi Nahidah.  Kerana pada pendapatnya tanpa bantuan Ab Mutalib dulu, sudah tentulah dia masih terus melarat.  Dan kalau dia lari, siapa pula yang akan memberi makan kepada Nahidah sedangkan pada ketika itu Mansur belum lagi bekerja.

Sunarto dapat kita anggap sebagai manusia kerdil yang berhati mulia.  Dia tetap menerima apa sahaja kekejaman dengan terus bersabar di atas segala perbuatan Zarina.  Dalam diam, dia berazam mahu membela nasib adik angkatnya Nahidah, malangnya Sunarto terlalu lemah untuk bertindak kerana sabarnya yang melulu telah memberikan kesempatan kepada Zarina yang tidak pernah mengenang budinya itu.

Kita menganggap Sunarto adalah watak sampingan s6haja.  Watak ini selalu timbul berhubungan dengan tindakan watak Zarina.  Wataknya dapat dikatakan hidup serta berimej yang meyakinkan.

 

7 Mansur

Mansur anak sulung kepada Ab Mutalib dan abang kepada Nahidah.  Sewaktu bapanya berkahwin dengan Zarina dulu, dia masi kecil.  Sekarang dia telah berumur 17 tahun, lulus Darjah Tuju sekolah Melayu tetapi masih belum bekerja.  Disebabkan dia tida punya pekerjaan dan pendapatan, hidupnya dianggap tidak bergun oleh itu dia tidak dapat bertindak untuk membela nasib adikny yang telah didorong oleh Zarina ke lembah kehinaan itu. Mansur bercita-cita mahu menjadi guru tetapi malangny tidak berjaya kerana tidak ada orang yang berpengaru membantunya.  Untuk mencari pekerjaan lain agak sukar kerana wakt itu ekonomi meleset dan untuk bekerja di pejabat pula, penjajah Inggeris pada waktu itu, lebih mementingkan mereka yan berkelulusan sekolah Inggeris, faktor in.ilah yang menyebabkan Mansur terus menganggur. Tanpa ada pilihan akhirnya dia tl-rpaksa menjadi anggota pesukan bersenjata walaupun pada mulanya dia berasa takut kerana ayahnya dulu juga mati terbunuh dalam pasukan bersenjata.  Dia menjadi askar dengan harapan untuk membela nasib adiknya tetapi malang baginya kerana sepeninggalannya, adiknya telah pun dinodai oleh Ab Fakar dan Cik Salim.

Mansur merupakan watak sampingan yang lemah.  Dia tidak dapat menentang sikap buruk ibu tirinya Zarina.  Kerana itu dia menjadi manusia yang membebankan orang lain dan mangsa keadaan.  Pada peringkat awal watak Mansur ditimbulkan sambil lalu sahaja tetapi watak itu sdmakin jelas apabila sampai kepada peringkat di mana dia bertindak untuk membela nasib adiknya dan menentang kezaliman Zarina.

 

8   Bulat

Bulat masih kecil, anak daripada seorang penduduk di Kg Kambing.  Hidupnya terbiar, sering berterlanjang bulat dan memakan sisa-sisa makanan terbuang.  Bulat hidup dalam zaman meleset, iaitu selepas peperangan berlaku.  Sebagai kanak-kanak sikap riangnya tetap wujud dalam apa sahaja keadaan.  Dia sering bermain-main, meniru apa-apa sahaja yang dilihat dan berlaku di sekelilingnya, di samping itu dia suka pula mengusik-ngusik kambing Kurupaya.

Bulat dianggap sebagai watak latar yang mungkin ditimbulkan untuk mengendurkan ketegangan suasana penderitaan yang dihadap$i oleh penduduk. - Kg Kambing.  Pangarang tidak menggambarkan sepenuhnya asal-usul Bulat.  Tetapi dia hanya dapat kita kenali menerusi Salina dan juga secara aksi dramatik Bulat - mungkin pengarang mahu menggambarkan secara tidak langsung tentang penderitaan penduduk di daerah tersebut.

 

9   Katijah

Katijah berumur kira-kira 49 tahun, sudah nampak tua -mungkin kerana kerja berat yang dilakukannya.  Dia sering sakit-sakit terutama sakit batuk.  Dia telah menjadi janda sejak suaminya meninggal dunia, untuk menampung hidup dia terpaksa bekerja sebagai pencuci kain di rumah-ruinah orang dan juga juga mengambil upah menjahit baju. Dia juga merupakan mangsa perang.  Dalam masa perang dahulu dia telah kehilangan suami, rumah dan juga harta-benda.  Katijah boleh dikatakan seorang ibu yang bertanggungjawab serta bercitacita tinggi.  Dalam keadaan yang kesempitan, dia tetap menghantar anaknya (Hilmy) ke sekolah Inggeris kerana mahu melihat anaknya berjaya dalam hidup. Katijah juga merupakan wanita yang baik dan bertimbang rasa.  Dia begitu mengambil berat tentang nasib Salina yang sering datang mengadu kepadanya.  Dia selalu memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada Salina dan menganggap dirinya sebagai kakak kepada Salina. Katijah akhirnya meninggal dunia di Hospital Tan Tock Seng kerana serangan penyakit batuk kering yang telah lama dihidapinya.

 

10   Haji Karman

Seorang lelaki tua berusia 60 tahun.  Orangnya kecil, selalu memakai kain pelekat dan baju kemeja tebal bertangan panjang yang sengaja dikeluarkannya.  Kepalanya botak, keningnya sudah beruban, misai dan janggutnya tidak begitu terpelihara.  Dia sering memakai serban putih yang sudah berlapuk serta memakai capal pemberian orang. Haji Karman dapat dianggap orang yang tua alim, mengajar budak-budak mengaji dan telah banyak menghatamkan murid.  Dia suka bercakap tentang akhirat tetapi tidak dapat berbuat apa-apa untuk memperbaiki ukhrawi penduduk-penduduk Kampung Kambing. Dia juga amat mengambil berat tentang Nahidah, terutama sejak'Nahidah menjadi pelayan.  Beliau rasa seolah-olah beliaulah yang bertanggungjawab di atas nasib malangnya muridnya itu.  Suka mengemukakan persoalan tanpa mengira kesibukan orang.  Pernah dihantar ke hospital gila semasa perang Jepun dul.u. Oleh itu orang kampung masih kurang memperdulikannya kerana memikirkan bahawa beliau masih gila.  Segala isi hati perut orang Kampung Kambing itu sudah banyak yang diketahuinya.

 

11   Razman

Dia adalah kawan baik Ab Fakar.  Dulu mereka pernah bekerja di kapal yang sama.  Dia bertugas sebbagai "wireless operator" sementara Ab Fakar pula bekerja sebagai kelasi. Razman berusia 41 tahun, kurus tinggi orangnya.  Tulang dada dan tulang pipinya timbul, rambutnya kerinting-kerinting sedikit, giginya panjang-panjang dan suaranya agak perlahan. Dulu dia merupakan seorang yang suka bercerita dan juga seorang yang pemabuk, tetapi sekarang dia lebih banyak bermenung dan apabila membaca buku, berjam-jam lamanya.  Razman telah ,mengalami kepahitan hidup kerana isterinya telah mempermainkan dirinya dan juga telah diperdayai oleh kawan yang dia suruh tenqok-tengokkan isterinya.  Dia sering berkata "Laut telah merampas isteriku” dan kerana peristiwa itulah telah mengubah ,fikiran dan prinsip hidupnya.  Dia hidup membujahg sekarang. Dia selalu menasihatkan Ab Fakar supaya berubah, dan manjadi manusia yang lebih bertanggungjawab.  Dia sendiri telah insaf, tidak lagi minum arak dan sering bercakap tentang kebajikan masyarakat.  Seorang yang luas pengetahuan dan berminat dalam politik.

Razman telah diwujudkan dalam cerita sebagai suara pengarang untuk memberitahu akan kepentingan tanggungjawab yang perlu dipunyai oleh setiap manusia.  Dia adalah suatu watak bulat yang telah. belajar daripada kesilapannya dan cuba menggunakan kekesalannya itu sebagai pedoman untuk memperbaiki hidup orang lain.  Walaupun perkara ini tidak mudah, dia tidak pula berputus asa tetapi berusaha untuk mewujudkan perubahan.  Dia mencerminkan seseorang yang benar-benar kesal akan perbuatannya dan akhirnya pulang ke pahgkal jalan.  Dia mempunyai iman dan prinsip hidup yang teguh.  Walaupun pada waktu itu masyarakat menghadapi banyak masalah sosial dan moral. Razman telah mewakili mereka dengan memberikan harapan kepada negara dan bangsa, untuk turut mungkin menolong membangunkan negara.  Biarpun masyarakat menghadapi keruntuhan akhlak, orang-orang seperti Razman mungkin akan dapat menyuburkan kembali keharuman masyarakat.

 

12   Cik Salim

Cik Salim merupakan watak hitam yang diwujudkan oleh pengarang.  Cik Salim seorang yang berada dan banyak wang, sering datang ke bar tempat Nahidah bekerja.  Pelayan-pelayan di bar itu suka kepada Cik Salim kerana wangnya. Sejak Nahidah bekerja di bar itu, Cik Salim dan kawankawannya sentiasa mencari peluang untuk Taemikat Nahidah.  Banyak usaha yang telah dilakukan oleh mereka tetapi tidak juga berjaya.  Akhirnya pada suatu ketika, Nahidah telah mabuk (kerana Nahidah telah banyak minum bagi menghilangkan kerunsingan fikirannya setelah dia diperkosa oleh Ab Fakar); Cik Salim dan kawan-kawannya berjaya pula memperkosa Nahidah.

 

13   Kurupaya Samy

Seorang daripada orang' India, kepalanya botak, bahasa Melayunya masih pelat, tinggal di berek PWD.  Dulu dia banyak memelihara kambing tetapi selepas didapatinya ramai orang yang memerlukan rumah sewa, dia pun menjualkan kambing-kambingnya kemudian mengubah suai kandang-kandang kambingnya itu untuk dijadikan rumah sewa. Rumah Hilmy dan Salina adalah di -antara rumah-rumah sewa Kurupaya Samy.  Dia merupakan seorang yang tamak, pelokek dan mahu mengumpulkan seberapa banyak wang untuk dibawa balik ke India . walaupun begitu dia seorang yang baik hati.  Dia tetap mengambil tahu juga tentang apa yang berlaku kepada pendudukpenduduk kampung kambing tetapi rumah-rumah sewanya yang buruk dan bocor itu tidak pernah,pula diperbaikinya.  Dia sangat risau bila mendapat berita yang rumah-rumah di Kg Kambing hendak dirobohkan.

 

14   Ab Mutalib

Ayah kepada Nahidah dan Mansur.  Seorang peniaga, menjual barang-barang perak dan tembaga buruk di Sungai Road.  Setelah isterinya meninggal dia kemudiannya berkahwin pula dengan Zarina, masa itu Mansur dan Nahidah masih kecil.  Dia merupakan seorang yang baik hati dan bertanggungjawab. Ab Mutalib telah mengambil Sunarto menjadi anak angkatnya, setelah dia menjumpai Sunarto dalam keadaan sakit dan terbiar di tepi Sungai Rocor. Apabila perniagaan barang-barang peraknya merosot.  Dia pun mula mencari kerja di tempat lain, mulanya dia menjadi kerani di camp sojar tetapi lepas itu dia berubah fikiran, lalu menjadi sojar di Malaya.  Setelah dua tahun dia menjadi sojar, dharurat diisytiharkan pula di Malaya.  Ab Mutalib kemudiannya dihantar masuk hutan di Gua Musang.  Ada kira-kira 3 bulan berada di hutan, dia akhirnya mati ditembak komunis.

 

 

 

 

 

Jika anda mempunyai soalan-soalan atau komen mengenai lelaman ini, hantarkanlah e-mel anda kepada dulkifli@bayumadah.com