Home Up

BAHASA MELAYU    

    Maktab Rendah


 

(B  A  Y  U  M  A  D  A  H)

 

SEORANG TUA DI KAKI GUNUNG

 

Tema Novel Seorang Tua Di Kaki Gunung

Novel Seorang Tua di Kaki Gunung secara keseluruhannya membawakan cerita tentang jurang generasi tua dan muda; yang tua dan agak konservatif terlalu sukar menerima pandangan atau saranan yang muda, dan yang muda pula sering melontarkan saranan atau pandangan tanpa meneliti atau memahami kedudukan serta emosi yang tua.  Konflik atau perbezaan wujud di tengah-tengah, di antara kedua-dua golongan ini. Namun demikian, yang jadi inti cerita ialah maruah: si tua yang merasakan tercabar kehidupan, pegangan hidup, malab keseluruhan dirinya "berdiri tegak" mempertahankan maruahnya yang tercabar itu.  Cabaran itu semakin dirasakannya perit dan menikam-nikam hati kecilnya kerana datangnya dari anaknya sendiri, menantunya, cucu-cucunya, serta orangorang kampungnya sendiri.  Pada Tukya cabaran-cabaran itu merupakan siri-siri penghinaan terbuka ke atas dirinya. la mempunyai maruah.  Maruah itu mesti dipertahankan walaupun dengan tuntutan pengorbanan yang terlalu besar dan amat payah untuk dilaksanakan. Ia tetap sebagai suatu kewajipan diri. Perkataan yang paling penting, yang mesti wujud di sekitar pencarian tema novel ini ialah "maruah".'Tukya mempunyai maruah diri.  Fikri juga demikian walaupun dikaitkan dengan hidupnya dengan Fatimah.  Besah juga mempunyai maruah.  Segala yang dilakukan oleh Tukya, tanpa mengira kesan atau akibat baik-buruknya adalah bertujuan mempertahankan maruahnya.  Fikri adalah anaknya. la berkesimpulan bahawa anak tetap anak, sepatutnya tetap mendengar dan akur akan kata-kata orang tuanya.  Begitu tergambarnya sedikit rasa kolot Tukya yang agak sukar diterima oleh anaknya Fikri.

 Mencari tema sebuah karya sastera samalah seperti mencari sebuah titik dalam sebuah garis panjang, ada kalanya mudah dan ada kalanya hingga sampai ke tahap membingungkan.  Namun ia tetap ada dan pengkaji atau kritikawan mesti mampu menemuinya. Kita boleh berkesimpulan bahawa tema novel ini adalah mempertahankan maruah diri yang tercabar.  Tema ini dapat disimpulkan berdasarkan kepada segala pendirian, sikap dan periakuan watak-wataknya dengan meletakkan pemusatan kita kepada Tukya sebagai watak utama.  Lihat saja pengakuan Tukya

 "Yang penting bagiku. . . ialah menyahut kata-kata yang aku rasa mencabar ketuaanku.  Dan bukan itu saja, malah cengal yang tinggi menyayup itu pun, yang besar dua pemeluk lebih itu, seperti mencabar aku juga.  Nanti satu hari kau ikut sama.  Tengok aku tebang.  Kau sendiri pun akan hairan melihat kegagahanku!"             (Hal. 129)

Sebenarnya Tukya tidak gagah, Tukya tidak sasa; tetapi perasaannya yang tercabar itu tiba-tiba menjadi kuat, gagah perkasa. la terlupa kepada ketuaannya malah kepada tubuh telati kendur kulitnya dan kendur juga segala otot-ototnya.

 Fikiran serta pendirian begini juga yang disebut,sebagai sebagai 'perang psikologi' watak terhadap hal-hal yang mcnentang atau cuba menghalang tujuannya tercapai.  Lihat saja beberapa hal penting yang terjadi sama ada terhadap Tukya ataupun di sekitar Tukya yang semakin merangsangkannya mempertahankan maruah diri yang dikatakan tercabar.

 (i)    Fikri jarang-jarang mahu pulang ke kampung. Kalaupun pulang setakat semalam atau dua saja.Terasa wujud semacam kebencian terhadap kampung dalam diri Fikri.

 (ii)   Fatimah juga begitu, malah sebagai 'batu api' terhadap sikap kasar Farid.  Tukya menjangkakan bahawa Fatimah menanamkan semangat itu kepada Fikri.

 (iii)   Farid terlalu kerap menuntut rumah baru yang lebih kukuh, kuasa letrik, paip air. Semuanya itu di luar kemampuan Tukya, malah memang tidak ada di situ.  Farid juga sering menyindir-nyindir keadaan daif di kampung dan rumah datuknya itu.

 (iv)  Kehadiran pohon cengal sebesar dua pemeluk (Tukya) itu menambah lagi cabaran bahawa pokok itu meminta ditebang untuk dijadikan rumah barunya.

 (v)   Kata-kata dari doktor dan beberapa orang jururawat semasa Tukya terlantar dua hari di hospital akibat dari serangan lebah itu juga tidak dapat diterimanya sebagai suatu hakikat.  Tukya merasakan mereka memperkecil-kecilkan tenaga, kemahiran dan kemampuannya.

 (vi)  Cabaran dari Awang Lazim, Lebai 'At dan Lebai Ca semasa Tukya mengadakan kenduri di surau itu juga meninggikan lagi semangat Tukya mempertahankan maruahnya.

 (vii)  Keadaan rumahnya yang sememangnya sudah senget itu telah beberapa kali disedarinya.  Setiap kali menghala ke denai atau ke huma Tukya menoleh dan menerima hakikat bahawa rumahnya yang berusia lebih dua puluh tahun itu sememangnya mulai uzur dan minta diganti dengan yang baru.  Maka itulah Tukya semakin menguatkan azamnya kerana dia tidak mempunyai sebarang harapan lain agar terhadap tegaknya rumah baru itu.  Tenaganya sendiri saja yang mampu melakukan semua itu, itulah kesimpulannya.

Yang paling meluapkan darahnya ialah sikap Farid, cucunya yang sulung itu.  Anak itu tidak sepatutnya menyindir atau mencabar datuknya.  Itu juga suatu sifat kurang ajar (mengikut ukuran Melayu bahawa yang muda semestinya menghormati yang tua).

Seperkara yang amat pantang kepada Tukya ialah perkataan tua.  Tukya tidak suka orang menganggapnya tua, apalagi kalau kalimat itu datangnya dari seorang anak kecil seperti Farid.  Tukya amat pantang disebut tua dan tidak bertenaga untuk melakukan sesuatu yang besar.  Pada Tukya, azam dan tenaga masih ada, masih kuat, tidak sesekali menyerah kalah kepada sebarang cabaran, sindiran atau cemuhan.  Segala itu mesti ditutup diatasi, kalau tidak ia persis menerima kekalahan dan malu.

Itulah di antara ego seorang Tukya yang tetap dipertahankannya dari mula hingga ke akhir hayatnya.  Orang yang paling faham dan arif tentang pendirian hidup Tukya ini hanyalah Besah, isterinya.  Besah terlalu taat, malah tidak pernah sekali-kali menyangkal keputusan Tukya. la tahu bahawa Tukya hanya membuat sesuatu kesimpulan setelah memikirkannya masak-masak, Dan Tukya juga amat kukuh pada pendiriannya.

Kalau ada orang berpendapat bahawa tema novel ini adalah rasa kemanusiaan mungkin tidak begitu tepat.  Sebenarnya kemanusiaan Tukya tidak dapat dibanggakan.  Begitu juga dengan kemanusiaan Fikri atau orang-orang lain seperti Awang Lazim atau Lebai 'At.  Malah rasa kemanusiaan Besah juga terg-ugat ketika Tukya minta supaya pahanya digergaji.  Atas rasa ingin meiiyelamatkan dari penderitaan, Besah terpaksa mengorbankan rasa kemanusiaannya.

Yang paling penting dan paling ketara hanyalah konflik peribadi, antara Tukya dengan watak-watak lain yang mencabarnya serta menyatakan hakikat ketuaannya.  Memang benar, dan memang tidak aneh, bahawa ada manusia seperti Tukya yang amat sukar untuk mencrima hakikat mengenai diri sendiri.  Memiliki ego yang agak tinggi seperti Tukya tidaklah riegatif sifatnya (mengikut ukuran universal), tetapi menjadi negatif kalau tindak-tanduk akibat ego itu merugikan diri sendiri.

Dalam hal ini Tukya tidak memperhitungkan akibat buruk dari maruah yang ingin dipertaliankan.  Tukya bukan tictak kenal bahaya, bukan tidak kenal liari-hari nahas (hal. 136), tetapi Tukya tidak dapat mengatasi kekuatan emosinya.  Pada saat-saat tertentu Tukya lebih dikuasai oleh emosi daripada fikiran waras serta rasionalnya.

Itu jugalah keistimewaan Azizi Haji Abdullah dalam pencernaan tema novelnya.  Azizi membiarkan watak utamanya berkembang membawakan segala bentuk konflik dan persoalan dalam dan luar dirinya.  Akhirnya konflik-konflik itu memuncak dan mengakibatkan kematian watak utama itu (akibat kecuaian serta kesilapannya sendiri).

Novelis Azizi tidak memberikan tema cerita ini secara implisit atau jelas.  Azizi meminta kita mencari, memperhitungkan segala persoalan dan konflik yang ditimbulkan.  Kita akhirnya sampai juga ke tahap merumus atau menyimpulkan sesuatu: Bahawa perjuangan mempertaliankan maruah diri itu bukannya sesuatu yang mudah; ia memerlukan pengorbanan seperti yang terjadi dan dilakukan oleh Tukya.  Watak-watak lain ini hanyalah berfungsi sebagai catalyst (mangkin) yang menyebabkan sama ada benteng pertahanan maruah itu akan runtuh atau sebaliknya berdiri semakin kukuh.Benteng pertahanan maruah Seorang Tua di Kaki Gunung telah runtuh disebabkan oleh sedikit kecuaian Tukya, kita anggap juga sebagai sesuatu yang diqadarkan Tuhan.  Dan ia pun berakhir dengan suatu kematian – tragedi yangamat menyayat dan memilukan.

Plot

Salah satu unsur penting di dalam sesebuah novel ialah plot.  Plot dapat diertikan sebagai urutan peristiwa-peristiwa yang mempunyai sebab dan akibat.  Oleh kerana itu, dalam sesebuah cerita, ia perlu ada peristiwa-peristiwa dan disusun dalam berbagai-bagai cara supaya ia dapat membentuk satu jalinan plot yang menarik.  Sesuatu peristiwa semestinya mempunyai sebab dan akibatnya.  Secara mudah, berdasarkan novel Seorang Tua di Kaki Gunung, kita dapati peristiwa Tukya bertentang pendapat dengan Fikri mengakibatkan Tukya mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah rumah yang kukuh. Sesuatu plot itu mengandungi beberapa j alinan peristiwa-peristiwa penting yang dapat membentuk satu cerita.  Pembentukan sesebuah plot itu blasanyg terdiri darlpada tip bahagian cerita, iaitu:

(i)             Bahagian permulaan atau pengenalan,

(ii)             Bahagian perkembangan cerita ataupun konflik,

(iii)             Bahagian akbir cerita.

 

Bahagian permulaan atau pengenalan

Bahagian ini ialah bahagian permulaan cerita.  Dalam bahagian ini pengarang akan mengemukakan watak-watak utama dan keadaan latar cerita melilui peristiiwa-peristiwa tertentu.  Oleh kerana itu, dalam bahagian permulaan ini belum ada peristiwa-peristiwa penting yang menimbulkan konflik pada watak utamanya.

 

Bahagian perkembangan cerita atau konflik

Selepas pengarang memperkenalkan watak-watak utama dan keadaan atau suasana latar ceritanya, barulah dikemukakan satu unsur lain dalam plot iaitu perkembangan watak-watak.  Dalam bahagian perkembangan ini, watak-watak, terutamanya watak utama akan mengalami konflik.  Ada dua bentuk konflik dalam sesuatu peristiwa.  Pertama, konflik luaran (lahiriah) dan kedua, konflik dalaman (batin).  Konflik luaran ialah korm yang berlaku antara watak utama denpn watgk.watak lain.  Konflik dalaman ataupun konfflk batin ialah konflik yang beriaku dalam diri watak itu sendiri. Dalam hal ini atas sebab-sebab tertentu watak ini berinain dengan peraiaannya sendirt.

 

Bahagian akhir cerita

Apabila watak utamanya mengalami konflik dan selepas cerita mencapai ke klimaks, plot cerita akan menuju ke bahagian akhir cerita atau penyelesaian.  Bahigian akhir cerita ini, berkemungkinan watak atau watik-watak yang mengalami konflik itu dapat menyelesaikan masalahnya ataupun sebaliknya.

Dalam menjalinkan peristiwa-peristiwa yang membentuk plot cerita, pengarang. akan memasukkan beberapa unsur plot supaya plot sesuatu itu lebih menarik lagi.  Di antara unsur-unsur tersebut ialah unsur imbas kembali/lintasan kembali (flashback), imbas muka (foreshadow), unsur suspen (keteganpn) dan unsur kesedamn (stream of counciousness) dan bawah sedar (sub-concious).  Bagi unsur kesedaran dan bawah sedar, beberapa teknik digunakan yang melibatkan watak-watak.  Contohnya ialah teknik monolog digunakan apabila seseorang watak berkata bersendirian, sementara teknik 'interior-monolog' ialah apabila seseorang watak itu berkata dalam otaknya atau fikirannya berkata bersendirian.

Unsur-Unsur Dalam Plot

Pembentukan sesuatu plot bagi sesebuah cerita adalah bergantung kepada beberapa unsur plot itu sendiri. Walaupun sesuatu plot itu terbentuk hasil daripada jalinan peristiwa-peristiwa penting yang mempunyai sebab dan akibat, namun demikian ianya akan lebih menarik sekiranya terdapat unsur-unsur seperti imbas kembali (flashback), imbas muka (foreshadow), suspn dan unsur kesedaran (stream of consciousness) dan unsur bawah sedar (sub-conscious). Dengan adanya unsur-unsur tersebut jalinan peristiwa-peristiwa yang membentuk plot akan lebih menarik.

1.         Unsur suspen (ketegangan)

Di dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung, terdapat beberapa peristiwa yang menimbulkan keadaan suspen (ketegangan)' Di antara peristiwa-peristiwa yang menimbulkan keadaan suspen adalah seperti berikut:

  (a)          Peristiwa selepas Tukya menyuruh Taha menuhs sura.t kepada Fikri untuk memberitahu supaya menghantar Lamin pulang ke rumah Tukya.  Pembaca tertunggu-tunggu sama ada Lamin akan pulang ataupun tidak.

(b)          Peristiwa sewaktu Lamin sedang asyik memerhatikan Tukya memanggil pelanduk.

            (c)          Peristiwa Tukya mengambil madu lebah di pokok petai jantan.  Pembaca             tertunggu-tunggu lebih-lebih lagi apabila bara sabut yang dipegang oleh Tukya             tejatuh.  Begitu juga apabfla Tukya menyuruh Lainin melarikan diri.

(d)          Peristiwa kehadiran Fikri dan keluarganya menziarahi Tukya selepas keluar daripada hospital.  Tukya dan juga pembaca tertanyatanya siapakah ya'ng memberitahu peristiwa yang menimpa diri Tukya kepada Fikri.

(e)          Peristiwa-peristiwa Tukya ingin menebang pokok cengal dan mendirikan sebuah rumah yang kejap dan kukuh.  Pembaca m,6nunggununggu sama ada Tukya yang umurnya sudah meningkat tujuh puluh tip tahun itu dapat menebang pokok cengal dan mendirikan rumah.  Keadaan suspen (ketepnpn) pada peringkat ini agak lama dan ianya diselang-selikan dengan peristiwa-peristiwa lain.

(f)          Peristiwa sewaktu sebelah kaki Tukya dihempap oleh batang cengal.

(g)          Peristiwa sewaktu Tukya menyuruh Besah memotong kakinya dengan gergaji.

(h)          Peristiwa sewaktu Besah berusaha menuas batang cengal. yang menghempap sebelah kaki Tukya.

2.      Unsur imbas kembali / Iintasan kembali (flashback)

Walaupun sebahagian besar daripada peristiwa-perbtiwa dalain novel Selain daripada perbandingan secara langsung terdapat juga; bentuk porbandingan Yang lain.  Bentuk-bentuk ini dikenali sebagai metafora dan personifikasi.

 Metafori ialah bentuk perbandingan yang diberikan sifat secara langsung kepada sesuatu benda atau keadaan.  Beberapa contoh rnetafora dapat dilihat dalam petikan di bawah ini;

  a. "Bilah-bilah hari tetap juga datang....”

  b. "Lebai At menanggalkan kopiah Putihnya dan dikesat-kesat peluh yang bermanik di dahi..........

  c. "Tukya turun dari rumah sebaik-baik sahaja subuh gajah bermula

3          Unsur Personifikasi     

Satu lagi unsur perbandingan secara tidak langsung ialah bentuk personifikasi perbandingan bentuk personifikasi ini dibuat dengan memindahkan sifat-sifat rnanusia kepada benda-benda Yang tidak bernyawa.  Di dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung, penggunaan bentuk personifikasi amat jelas sekali.  Satu contoh penggunaan personifikasi adalah seperti:

        a. Langit yang menumpahkan air matanya bertali temali pagi itu menyebabkan Tukya         tidak jadi pergi ke huma.

       b. Dari arah gunung sudah terserlah cahaya perak dan sebentar lagi muncullah            

        matahari menebarkan cahaya panasnya.

        c. Cengal itu tetap berdiri gagah, angkuh dan tegap.

 Kesimpulannya, daripada segi gaya bahasa, novel Seorang Tua di Kaki Gunung mudah difaharni kerana sebahagian besar daripada perkataan adalah terdiri daripada perkataan-perkataan yang biasa digunakan dan didengar.  Untuk menye suaikan dengan keadaan tema cerita dan latar, pengarang novel ini memilih beberapa kata-kata dialek.  Pemilihan kata-kata dialek adalah untuk menambahkan kesan cerita terhadap pembaca dan dalam masa yang sama juga menyebabkan pembaca cuba mengetahui dengan lebih lanjut lagi. tentang persoalan dalam novel ini.  Walaupun pengarang memilih kata-kata dialek, dalam suasana atau peristiwa tertentu, tapi pembinaan ayat-ayat tidaklah kompleks dan ini memudahkan pembaca memahaminya. Selain daripada itu, pengarang juga memasukkan unsur-unsur perbandingan seperti metafora dan personifikasi.  Penggunaan unsur-unsur perbandingan ini adalah untuk menghuraikan atau memberikan gambaran tentang sesuatu perkara dengan lebih jelas lagi.

 

Huraian Bab-Bab

BAB SATU

Di kaki Gunung Bongsu terdapat sebuah kampung yang dikelilingi oleh pokok-pokok sehinggalah di puncak gunung tersebut.  Tidak ramai penduduk yang tinggal di kampung tersebut dan keadaan persekitaran kampung tersebut tidak menghalang penduduknya daripada menjalankan kegiatan seharian.  Kehidupan mereka yang turun-temurun itu adalah kehidupan yang semula jadi.  Seperti biasa penduduk-penduduk kampung tersebut akan menjalankan kerja-kerja seperti berhuma, menoreh getah, berladang, mencari rotan, akar kayu, petai, genuak, akar seruntun dan lain-lain. Perkampungan di kaki Gunung Bongsu ini memang terasing daripada masyarakat luar dan juga pembangunan, tetapi mereka saling bantu membantu antara satu sama lain terutama dalam hal kenduri-kendara dan sakit mati. Penghuni-penghuni kampung tersebut tidak mempersoalkan kemudahan asas tetapi apa yang penting ialah mereka dapat menyara hidup masing-masing dengan ala kadar sahaja.

Walaupun perkampungan di kaki Gunung Bongsu dikelilingi oleh hutan rimba, tetapi kehidupan mereka tidak pernah diancam oleh binatang-binatang buas seperti gajah, harimau, babi dan lain-lain.  Kehidupan di kampung tersebut juga aman daripada pencemaran udara dan bunyi.

BAB DUA

Tukya yang berumur tujuh puluh tiga tahun itu, tidak pernah menyesali keadaan hidupnya.  Pandangannya ini sering diluahkan kepada isterinya, iaitu Besah. Seperti penduduk-penduduk kampung yang lain di kaki Gunung Bongsu, Tukya mencari rezeki dengan berhuma dan mencari hasil-hasil hutan yang dapat menyara hidupnya. Walaupun umurnya agak lanjut dan tinggal di kawasan perkampungan yang terasing daripada pembangunan, Tukya berasa bangga kerana anak tunggalnya iaitu Fikri, menjawat jawatan tinggi di Kuala Lumpur. Kejayaan Fikri yang dilahirkan di rumah buruk beratap bertam, berdinding pelupuh dan berpapan sayung adalah kejayaan pertama bagi penduduk kampung tersebut.  Sejak kecil lagi, Fikri ialah seorang cerdas. la masuk ke sekolah berasrama penuh dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke luar negeri selama lima tahun.  Setelah bekerja, ia berkahwin Fatimah, gadis Kuala Lumpur.  Seluruh penduduk kampung di kaki Gunung Bongsu turut berbangga di atas kejayaan Fikri. Fikri yang mempunyai dua orang anak iaitu Farid dan Lamin, tinggal di Kuala Lumpur dan ia kerap balik ke kampung melihat kedua orang tuanya.  Paling lama, setiap tiga bulan sekali ia akan balik kampong. Oleh kerana keadaan Tukya dan Besah yang tua itu, Fikri sering mengajak Besah tinggal bersama-samanya di Kuala Lumpur, tetapi ditolak oleh Tukya. Tukya berasa hairan mengapa ia hanya memperolehi seorang anak sahaja.  Jika anaknya ramai dan berjaya seperti Fikri, sudah tentu lebih menggembirakan.  Namun begitu, ia bersyukur apabila ia dapat memahami bahawa segala-galanya itu datang daripada Allah. la juga bersyukur kerana selama ini ia tidak pernah mengalami sakit kuat.  Namun ia sedar juga dengan kehidupannya yang bergantung kepada hasil alam semula jadi itu, memang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaannya untuk menunaikan fardu haji.

BAB TIGA 

Pagi itu, Tukya tidak ke huma kerana hujan turun dengan lebat sekali.  Sambil menghisap rokok, ia duduk di muka pintu rumahnya.  Hujan yang lebat itu menyebabkan kawasan sekitar rumahnya becak.  Di waktu hujan begitu, Besah mengambil kesempatan membasuh lantai buluh di pelantar rumahnya. Seperti biasa, sekiranya hujan turun berterusan, Tukya dan Besah tetap tinggal di rumah.  Mereka tidak akan keluar untuk mencari rezeki.  Di waktu itu Tukya teringatkan kedua orang cucunya iaitu Farid dan Lamin. la amat rindukan cucu-cucunya dan ingin sangat bejumpa dengan mereka, tetapi apakan daya kerana mereka tinggal di Kuala Lumpur.  Di antara kedua orang cucunya itu, Tukya lebih menyayangi Lamin iaitu adik kepada Farid. Farid amat kerap menyakitkan hati Tukya. la selalu bermegah dengan keadaan rumahnya di Kuala Lumpur dan merendah-rendahkan rumah buruk Tukya.  Farid juga tidak mahu tinggal lama sekiranya ia di rumah Tukya.  Sikap meninggi diri memang tidak ada pada diri Lamin.  Oleh sebab itu Tukya lebih menyayangi Lamin jika dibandingkan dengan Farid. Dalam keadaan mengelamun itu, tiba-tiba beberapa titik air hujan jatuh ke atas bahunya dan baru disedarinya bahawa atap rumahnya bocor.  Tukya mengambil upih pinang dan menutup atap rumahnya yang bocor itu. Tiba-tiba Tukya teringatkan sarang lebah yang dijumpainya di dalam rimba tempoh hari.  Jika Lamin pulang, ia akan mengajak Lamin mengambil manisan lebah tersebut. Dalam keadaan hujan lebat itu Tukya pergi ke rumah Taha untuk menyuruhnya menulis surat kepada Fikri dan memberitahunya supaya menghantarkan ke rumahnya.

 BAB EMPAT 

Hujan telah reda.  Tukya turun ke huma.  Tukya melakukan kerja-kerja harian yang telah dimulakan sejak ia terlontar ke daerah itu puluhan tahun sebelum itu.  Tukya merasakan dirinya masih bertenaga, masih kuat untuk meneruskan hidup di situ.  Itulah satu-satunya keyakinan yang dimilikinya sejak lama lagi.  Sambi'l melakukan kerja di humanya itu.  Tukya teringkatkan Lamin, cucu kesayangannya itu.  Ada sesuatu rancangan paling bererti untuk Lamin sekiranya ia pulang dan tinggal beberapa waktu dengan Tukya nanti.

BAB LIMA

Tukya bersarapan dengan Besah dan Lamin.  Tukya diberitahu tentang keengganan Farid tinggal bersamanya di kampung.  Hal itu sememangnya diketahui oleh Tukya. Lepas sarapan Tukya mengajak Lamin ke hutan; keinginannya memperkenalkan Lamin kepada kehidupannya sudah sampai ke peringkat puncak.  Besah disuruh ke huma menghalau tiak. Lamin mengikut datuknya meredah hutan Gunung Bongsu dengan matlamat memanjat hingga ke paras yang agak tinggi.  Di perjalanan L-amin melastik burung.  Tukya menunjukkan serta memperkenalkannya kepada pokokpokok di hutan, daripada yang kecil seperti rotan dan genuak hinggalah kepada yang besar-besar seperti tembusu, meranti merah, cengal, meranti tembaga dan damar.

Tukya sendiri terkejut menemui sepohon cengal sebesar dua pemeluk dan dianggarkannya berusia lapan puluh hingga kepada sembflan puluh tahun.  Terlalu cantik dan lurus.

Tukya juga mempamerkan kepandaiannya memanggfl pelanduk, malah membuat pelanduk itu terkinja-kinja menari mengikut rentak trek-tek-tek Tukya.  Lamin amat terpesona dengan kebolehan luar biasa datuknya itu.  Tukya juga berjanji memanggil puyuh pula pada suatu hari nanti.  Yang itu lebih seronok, katanya.  

BAB ENAM  

Malam itu Tukya ke surau seperti biasa.  Lamin di rumah keletihan, sendi-sendinya lenguh.  Besah mengurutkan kaki L-amin.  Lamin seronok sambil bercerita tentang Farid abangnya.  Sejurus kemudian Tukya pulang.  Mereka berdua akan pergi mengambil madu lebah pada keesokan harinya. 

BAB TUJUH 

Subuh itu Tukya bersembahyang seperti biasa dengan Besah.  Lamin dibiarkan terus tidur kerana cuaca amat dingin.  Sebelum naik dari mandi dan mengambil air sembahyang itu Tukya sempat merenung ke arah Gunung Bongsu di mana pohon cengal yang menakjubkannya itu nampak berbalambalam diselaputi kabus.  Besah mengejutkannya dari lamunan itu.

Sesudah sarapan, Tpkya mengajak Lamin mengambil madu lebah.  Segala persiapan dan peralatan telah Besah sediakan.  Mereka berdua meredah kaki Gunung Bongsu, menebang buluh besar dibuat sigai.  Entah mengapa nasib Fukya kurang aik ada hari itu.  Ketika ia di atas si i dan berkira-kira dengan sabut terbakar untuk menghalau lebah, dia diserang oleh ratusan lebah yang dihalaunya itu.

 Tukya lari dan teijun ke dalain londang.  Lamin memecut sampai ke rumah membezi khabar malang itu kepada neneknya.  Mereka kembali ke kaki Gunung Bongsu mencari Tukya.  Mereka menemui Tukya di pinggir londang.  Dengan segala kekuatan yang tinggal, Tukya berjalan perlahan-lahan menuju rumah ditemani oleh Besah dan Lamin.  

BAB LAPAN     

Itulah pertama kali sejak berumur dua puluh satu tahun Tukya tidak dapat menunaikan sembahyang maghribnya. la terlantar kesakitan.  Sesudah Isyak, teman-teman sekampungnya seperti Lebai 'At, Lebai Ca, Awang Lazim dan Mat Desa pun tiba.  Lebai 'At memberikan Tukya air penawar (air bexjampi).  Kemudian mendapati bahawa Tukya terlena, seperti sangkaan Besah, tetapi pengsan.  Mereka meminta pertolongan dari Cin Hong yang tinggal agak jauh di Division Empat.  Cin Hong datang dengan kereta buruknya, Austin Cambridge. Mereka mengangkat Tukya ke dalam kereta.  Tukya masih pengsan.  Mereka bawa Tukya ke hospital Daerah di Kulim. 

BAB SEMBILAN

Setelah dua hari 'menginap' di hospital Kulim, Tukya dibenarkan pulang ke rumah.  Anaknya Fikri, menantunya Fatiinah, dan cucunya Farid (abang Lamin) telah sedia menanti di rumah.  Tukya tidak senang dengan kedatangan mereka dari Kuala Lumpur itu.  Itu juga bermakna mereka telah mengetahui yang Tukya telah dimasukkan ke hospital akibat disengat lebah.

Namun Tukya tidak dapat menolak kehadiran mereka.  Mereka adalah darah daging Tukya juga. Fikri cuba membawa Tukya ke Kuala Lumpur.  Tukya menolak dengan alasan bahawa hidup-matinya mestilah di situ, di kaki Gunung Bongsu itu.  Farid menyakiti hatinya.  Fatimah juga begitu.  Hanya Lamin saja yang tidak mencemuh atau tidak mengejek keadaan di kampung itu, keadaan rumah Tukya, mahu pun ketuaan Tukya itu sendiri.

Tukya bertelagah sedikit dengan Fikri.  Juga dengan Farid yang masih kecil lagi itu.  Hati Tukya terguris.  Fikri tahu hal itu.  Malam itu juga mereka (Fikri dan Fatimah) membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur keesokan paginya.  

BAB SEPULUH 

Pagi:Saat-saat Fikri, Fatimah, Farid dan Lamin mahu berangkat pulang ke Kuala Lumpur.  Tukya temyata merajuk dan kecil hati terhadap sikap Fikri, Fatimah dan Farid.  Tukya menyendiri, menjawab apa yang ditanya saja.

Ketara beberapa sikap watak cerita ini terhadap Tukya: Fikri akur terhadap kata-kata Fatimah dan Farid, malah menentang sikap ayahnya yang enggan mengikutnya tinggal di Kuala Lumpur.  Fatimah agak bongkak terhadap kedua mertuanya itu, menghina orang-orang yang tinggal di kampung pedalaman seperti Tukya dan Besah.  Fazid pula melontarkan kata-kata yang mencabar serta menyakiti hati datuk-datuknya.  Kata-kata begitu tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang cucu terhadap datuknya yang setua Tukya itu.

Lamin amat bertentangan dengan mereka yang bertiga itu. la sering memuji serta menyenangkan hati datuknya dengan kata-kata yang disenangi oleh orang tua itu.  Besah pula sering berada di tengq-h-tengah ayah dan anak, cuba memberi kesabaran dan ketenangan jiwa Tukya.  Besah merupakan penawar terhadap kemarahan Tukya terhadap anak, menantu dan cucunya itu.  

BAB DUA BELAS  

Bab ini seperti catatan pada buku hazian, dibahagikan epada enam belas hari; tidak pula bermakna Tukya rneneruskan usahanya menebang cengal itu selama kesemua enam belas hari itu.

 Permulaannya menakek pohon cengal itu seolah-olah Tukya diperhatikan oleh Fikri, Fatimah, Farid dan Lamin sebagai perasmian sesuatu kezja besar.  Begitulah perang saraf (psychological warfare) yang perlu diwujudkannya agar tenaga tuanya itu tidak mudah menyerah kalah lantaran kepayahan serta rintangan yang akan dilaluinya pada hari-hari akan datang.  

Pagi Pertama:

Hari Ahad.  Pergi ke tempat di mana pohon cengal itu tegak.  Dengan bismillah dan tiga kali selawat, Tukya mencecahkan mata kapaknya ke atas kulit pokok cengal itu.  

Pagi Kedua:

Merupakan hari kedua kerja menebang pokok itu.  Sambil meneruskan kerjanya Tukya teringatkan anak, menantu dan cucu-cucunya.  Tukya juga teringat bagaimana ia menyuruh Taha menulis surat kepada Fikri mengatakan bahawa Tukya dan Besah pergi ke Perlis barang sebulan atau dua melawat sepupunya di sana.  Banyak lagi ingatan tentang rumah yang akan didirikannya itu melintasi kotak fakir atau ruang ingatannya. 

Pagi Ketiga:

Tukya terus menebang, tetapi tidak segagah seperti harihari pertama dan kedua.  Pertembungannya dengan Lebai Ca ketika dalam perjalanan pergi itu menguatkan lagi azamnya agar kerjanya itu segera diselesaikan.

Malam itu Besah terpaksa mengurut sendi-sendi suaminya) Tukya yang sengal.  Terjadi juga sedikit perbezaan pendapat' di antara mereka berdua.  Tukya menerangkan beberapa petua mengenai membangunkan rumah kepada Besah.  Segala petua itu diambilnya dari sebuah kitab lamanya yang berjudul Tajul Muluk Al-Misra Bi Anwa-In.  

Pagi Keempat:

Tidak ke rimba.  Memeriksa bakal tapak rumah.  

Pagi Kelima:

Tidak juga ke rimba.  Pergi ke Ulu Mahang dengan Lebai Ca kerana ada kematian.

 Pagi Keenam:

I. Selepas dua hari berehat Tukya bercadang menggunakan tenaga sittipanannya semaksimum yang boleh.  Tukya juga menerangkan kepada Besah bahawa yang terpenting baginya ialah menyahut cabaran dan sindiran anak, menantu dan cucu-cucunya.  Cengal yang tegak dan megah berdiri itu juga seperti mencabar tenaga tuanya.  Keria menebang cengal dan membangunkan sebuah rumah yang kuat walaupun kecil mesti diteruskan hingga berjaya.

 II. Teman-temannya seperti Awang Lazim, Lebai Ca dan Lebai 'At mengusik-usik Tukya ketika di surau.  Mereka sependapat bahawa menyedari hakikat ketuaannya itu amat Perlu; tetapi Tukya tidak dapat menerima saranan atau hakikat itu.

Ketika Pulang ke rumah Tukya tidak lapar. la terus mengira-ngira kedudukan pintu rumah yang bakal dibinanya itu berasaskan kepada kitab yang sama.  Tukya melukiskan rajah itu seperti di halaman 132.

 Pagi Ketujuh:

Tukya terus menebang.  Sambil itu ia juga mengira-ngira tentang pintu rumahnya yang mesti mengikut ukuran rajah.  Pintu rumah Fikri (mengikut Tukya) setengah papan setengah besi. la tidak mahu jadi pintu sial.  Begitu juga tentang penerusan menebang itu5 Tukya mengetahui hari-hari nahas: empat haribulan, lima haribulan, tiga belas, enam betas, dua Puluh satu, dua puluh empat, dan tiga puluh.

 Tetapi bila sampai kepada pagi kesembilan, Tukya semakin gigih dan garang.  Tukya tidak peduli pada hari-hari nahas.  Keria menebang itu perlu dibereskan segera.  Sampai ke pagi keenam belas Tukya merasa lega.  

BAB TIGA BELAS

Tukya mengadakan kenduri Pulut huma dan pisang rastali di surau.  Ketika Lebai Ca membacakan doa Tukya menggenggam tangannya sendiri rapat-rapat bagaikan ada sesuatu yang berharga di dalam tapak tangannya itu.  Pada mereka yang hadir di situ perbuatan Tukya itu agak aneh.  Awang Jazim, Taha dan Din Koboi amat hairan tentang kelakuan Tukya itu.  Itu adalah kenduri kesyukuran kerana cengal juga menceritakan kenapa ia terpaksa melakukan semua itu: besar itu telah hampir putus dan tersungkur ke bumi.  Tukya juga menceritakan kenapa ia terpaksa melakukan semua itu: atas cabaran anak cucunya sendiri. Besah tidak setuju dengan sikap Tukya "membuka pekung di dada" tentang keluarganya sendiri.  Tukya tidak peduli protes dari Besah itu.  Tukya tetap dengan pendiriannya.  Tukya tidak akan berganjak dari menjunamkan cengal itu ke bumi.  

BAB EMPAT BELAS 

Petang Khamis.  Esok Jumaat. Tukya semakin menajamkan kapaknya. la ingin agar Fikri anak beranak pulang menyaksikan bagaimana "situa" itu menyungkurkan cengal lebih dua pemeluk itu ke bumi.  Itulah antara kesombongan yang meniti dalam diri Tukya. la juga ingin Awang Lazim, Lebai Ca dan orang-orang lain menyaksikan kejayaan terbesarnya itu.

Telegram dari Fikri menyentak hati Tukya.  Fikri tidak dapat pulang kerana ada hal penting.  Awang Lazim, Lebai Ca dan Lebai 'At juga tidak dapat ikut serta ke lereng gunung.  Tukya membuat keputusan pergi juga berdua dengan Besah.  Itulah kali pertama Tukya berasa sedih kerana orang. lain tidak mahu tur-ut serta meraikan kejayaannya.  

BAB LIMA BELAS 

Bab ini merupakan introspeksi diri seorang tua seperti Tukya terhadap segala perkara yang tedadi ke atas dirinya, isterinya, serta anak-cucunya.  Telegram Fikri menyatakan mereka tidak balik itu telah menimbulkan rasa kesal yang begitu mendalam di jiwa Tukya.Tukya dan Besah berjalan melewati denai.  Azam Tukya terhadap kejayaannya amat tinggi.  Malah ia mengira-ngira membuatkan saluran batang buluh sebagai ganti PaiP air ke sekali Segala-galanya mesti dibuktikannya, terutama kepada Fikri. 

 Sampai sahaja kedua-duanya ke kawasan cengal itu, Tukya terlalu ingin memulakan tugas pentingnya itu.  Baru itulah Besah percaya kekuatan tenaga dan azam Tukva apabila terlihat lebih daripada tiga perempat daripada batang cengal itu telah ditakik Tukya.  Tukya terus bekeria tanpa henti menyelesaikan tugas akhirnya dengan pohon cengal itu, Entah kenapa, ketika Besah menjerit. meminta Tukya ineninggalkan pohon yang hampir tumbang itu tidak diindahkan Tukya.  Ada semacam suara rnernukaunya supaya terus menghabiskan takikannya.  Ketika Tukya ingin lari kakinya terselirat akar simpan air. Tukya tertelentang; Pohon cengal itu turnbang; pahanya tertindih.  Besah diminta rnenggergaji.  Segala-galanya telah terlambat.  Tukya tidak dapat diselarnatkan lagi. 

BAB ENAM BELAS 

Mayat Tukya selamat dikebumikan.  Besah menolak pelawaan Fikri supaya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur.  Besah ingin menziarahi kubur Tukya setiap pagi Jumaat.  Besah tetap tinggal di situ mewarisi kehidupan Tukya sebagai seorang tua di kaki gunung.

 

 

 

Jika anda mempunyai soalan-soalan atau komen mengenai lelaman ini, hantarkanlah e-mel anda kepada dulkifli@bayumadah.com