Home Up

BAHASA MELAYU    

    Maktab Rendah


 

(B  A  Y  U  M  A  D  A  H)

 

PERINGKASAN

Soalan peringkasan merupakan soalan wajib yang agak sukar untuk dijawab dengan baik oleh ramai pelajar. Oleh itu disediakan di sini beberapa panduan mengenai peringkasan karangan.

Panduan Meringkaskan Karangan

Petikan karangan hendaklah dibaca sekali imbas untuk mendapat gambaran kasar mengenai isi-isi penting. Baca dan kaii dengan teliti hingga faham betul-betul terlebih dahulu akan maksud dan tuiuan sesuatu rencana dan petikan itu.  Setelah memahami betul-betul, cari akal bagaimana hendak memadatkan maksud bagi bahan yang terkandung dalam karangan itu.  Dalam soal meringkaskan karangan adalah untuk memendekkan sesuatu bahan karangan dengan mengambil isi dan maksudnya sahaja. Gariskan bahan dan fakta-fakta yang penting dan senaraikannya dalam sehelai kertas.  Bandingkan fakta-fakta penting itu dengan karangan asal dan tambah fakta-fakta penting, jika perlu, dan potong ungkapan dan fakta yang merupakan sampingan dan perluasan.

Adalah mustahak untuk menyusun isi-isi penting mengikut urutannya.  Isi karangan yang panjang, dipendekkan dengan menggunakan perkataan yang penghabis sedikit dan ringkas dengan membuangkan perkataan yang menjadi perhiasan dalam karangan itu.

Percakapan yang berulang-ulang yang digunakan dalam karangan itu diambil pati dan maksud yang penting sahaja.  Suatu perkara yang biasa dilakukan adalah dengan meringkaskannya dengan cara yang paling ringkas sekali dengan mengambil isi dan bahan yang padat dan utama yang menjadi teras karangan itu.  Tegasnya, memakai sedikit perkataan tetapimengandungi maksud yang luas.  Kerja meringkaskan karangan itu hendaklah sengaja dicari perkataan yang ringkas dan sedikit.  Dengan itu akan dapat maksud utama yang terkandung di dalam petikan itu.

Bina ringkasan karangan itu berasaskan isi-isi utama dan jangan ada isi penting yang ditinggalkan.  Segala bahan yang disajikan itu hendaklah dipersembahkan dengan jelas.  Ringkasan karangan perlu sedap bunyinya dan tidak janggal dan canggung.  Dalam hubungan ini perlu ada kelancaran dan perkaitan idea di dalam ringkasan karangan itu.  Untuk itu boleh digunakan perangkai wacana dengan menggunakan katakata 'bagaimanapun', 'dari itu', 'yang demikian' dan lain-lain. Akhir sekali semak dan buat pembetulan dari segi ejaan, kesalahan bahasa dan tanda bacaan.  Meringkaskan karangan itu dilakukan dalam suatu perenggan sahaja.

 

Kelemahan Dalam Meringkaskan Karangan

Biasanya para pelajar tidak memahami petikan karangan itu.  Mereka juga tidak pandai memilih dan mengenal bahanbahan dan isi-isi penting.  Sementara itu, mereka tidak dapat menulis bahan-bahan utama itu dengan jelas dengan menggunakan sedikit perkataan.  Dalam perkara ini, mereka me maparkan perkara yang kecil-kecil dan ringan semata-mata digunakan untuk menghias dan melindungi bahan-bahan yang penting.  Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, mereka tidak dapat membezakan fakta-fakta penting dengan frasa-frasa yang merupakan perhiasan dan perluasan.

 Begitu juga, fakta-fakta yang ditulis tidak mempunyai hubungan antara suatu bahagian dengan bahagian yang lain.  Perkara ini berlaku kerana mereka kurang memahami petikan karangan tersebut.  Ada antara mereka yang menyalin secara rambang daripada petikan karangan asal itu untuk menjadikannya sebagai suatu ringkasan.  Mereka juga didapati menyeleweng daripada isi asal petikan karangan itu.  Dalam pada itu juga, mereka tidak menggunakan perkataan sendiri ketika mengolah dan menyusun fakta dan bahan.  Tulisan mereka juga sukar untuk dibaca dan bilangan perkataan kurang atau terfebih 5 patah perkataan daripada yang ditetapkan oleh arahan.  Ada yang banyak menggunakan masa untuk bahagian ini.

 

 

 

Jika anda mempunyai soalan-soalan atau komen mengenai lelaman ini, hantarkanlah e-mel anda kepada dulkifli@bayumadah.com